Tuesday, 30 November 2010

PANAS BERAPI! MAINAN SYAITAN PAS TENTANG FELDA YANG MESTI ANDA KETAHUI!

ANAK telah menyerahkan 20 aduan kepada Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan minta diselesaikan segera berdasarkan janji Ahmad Maslan bahawa sebarang aduan peneroka akan diselesaikan antara seminggu hingga dua minggu. Secara sinis, Mazlan Aliman Pengerusi ANAK menyindir Ahmad Maslan bahawa 20 aduan tersebut sudah berlarutan begitu lama, termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan permasalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda. (MALAYSIAN INSIDER)



Penubuhan BAPAK di bawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Dalam satu kenyataan lain, Ahmad Maslan memaklumkan bahawa semenjak BAPAK ditubuhkan pada 8 November lalu, sebanyak 658 aduan telah diterima daripada peneroka.

Secara tidak langsung, apalah sangat dengan 20 aduan yang diserahkan oleh Mazlan Aliman sungguhpun dia berkata, itu hanyalah sebahagian kecil daripada aduan-aduan yang diterima oleh ANAK berbanding 658 aduan yang telah diterima oleh BAPAK sendiri.

Penubuhan BAPAK telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga peneroka untuk kebajikan mereka sendiri. ANAK dan BAPA yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman, yang cuba dijadikan sebagai kuda trojan dan kuda padi oleh PKR serta Pakatan Rakyat, terpinggir seandainya BAPAK berjaya menyelesaikan sebahagian besar daripada aduan yang mereka terima sebagaimana yang dijanjikan oleh Ahmad Maslan.

Sesuatu yang agak ketara di sini, apakah benar warga FELDA benar-benar berhadapan dengan masalah sehinggakan dalam tempoh yang singkat sahaja selepas penubuhannya, BAPAK menerima aduan yang sebegitu banyak? Apakah ini bermakna pengurusan FELDA di peringkat bawahan sememangnya bersikap seperti menikam dari belakang atau gunting dalam lipatan?

Sungguhpun FELDA telah berjasa besar kepada kelompok Melayu yang tidak mempunyai tanah dan hidup dibaluti kemiskinan, namun sikap segelintir kakitangan FELDA sendiri yang mewujudkan masalah sehingga diambil kesempatan oleh golongan penghasut seperti Mazlan Aliman menerusi ANAK dan BAPAnya.

Sama ada suka atau tidak, pengurusan tertinggi FELDA perlu 'berterima kasih' kepada Mazlan Aliman menerusi ANAK dan BAPAnya kerana dengan kewujudan ANAK dan BAPA, kebajikan peneroka dan warga FELDA baru dapat dihayati.

Satu tranformasi dan reformasi dalam pengurusan FELDA sendiri diperlukan agar peneroka tidak terlalu terikat dengan protokol dan prosedur untuk meluahkan kesulitan mereka. Justeru penubuhan BAPAK dilihat kena pada masanya memandangkan sebelum ini warga FELDA bagaikan tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sungguhpun FELDA menyediakan ruang dan saluran untuk mereka.

FELDA merupakan antara pengurus ladang terbaik dunia, malah pelaburannya sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara, memperlihatkan wawasan FELDA untuk menjadi gergasi dan konglomerat pertanian terbesar dunia.

Pun begitu, tanggungjawab sosialnya selepas menyediakan tanah, rumah dan segala-galanya kepada warga peneroka, tetap tidak dilupakan. Di sebalik pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada FELDA, terutama warga FELDA yang terhutang budi dengan skim yang diwujudkan semenjak zaman pentadbiran Tun Abdul Razak, terdapat beberapa pihak yang lain berasakan mereka boleh menggunakan ketidakpuasan hati atau kekecewaan warga FELDA sebagai alat pemuas nafsu politik mereka.

Apa lagi yang akan dilakukan oleh Mazlan Aliman dalam usahanya untuk mendapat tempat sebagai calon pada pilihanraya umum yang akan datang? Apatah lagi PKR telah pun menyediakan sejumlah dana untuk melakukan kerosakan dan memecah belahkan masyarakat FELDA dengan alasan, mereka hendak membela peneroka.

Apakah Mazlan Aliman akan membiarkan dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim dan PKR? Tidakkah dia melihat apa yang sedang berlaku kini apabila Anwar Ibrahim secara sinis mengenepikan Abdul Hadi Awang di dalam perancangannya sebagai Perdana Menteri? Sampai bila PAS, Mazlan Aliman, ANAK dan BAPA akan terus menjadi alas tapak kaki Anwar Ibrahim, PKR dan DAP? 

Sumber: The Flying Kick

Wednesday, 10 November 2010

PAS Rampas Tanah Rakyat

Lebih 30,000 hektar tanah rakyat di Hulu Kelantan telah dirampas oleh kerajaan PAS negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu. Tanah yang diusahakan oleh rakyat telah diambil untuk projek ladang rakyat yang hanya menguntungkan kroni PAS. Syarikat luar yang memajak tanah sehingga 99 tahun telah diberikan keutamaan berbanding rakyat tempatan yang sudah membayar wang deposit untuk memproses geran tanah. Taukeh balak kaya raya, orang kampung dirampas tanahnya.

1 November 2010, ketika pilihan raya Galas tinggal tiga hari lagi, Datuk Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) mahu memberikan dua ekar tanah kepada orang asli di Galas. Isu royalti minyak senyap terus di Galas. PAS makin tertekan untuk mengekalkan kerusi Galas. Lebih tertekan bila Piala Malaysia yang dimenangi adalah hasil teraju orang-orang UMNO di Kelantan. Tanah yang dulunya dirampas mula diberikan semula untuk tagih undi hanya di Galas. Inilah polisi kluk klek PAS di Kelantan. Terdesak mahu undi, rasuah pun sudah dihalalkan.

Tuesday, 9 November 2010

DAP Rasis: Gelar Orang Kampung Sebagai Monyet

 



9 November 2010, R.S.N. Rayer ( ADUN DAP Seri Delima) telah berkata "Demonstrasi yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,". Demonstrasi yang dilakukan pada 2 November 2010 berikutan tindakan DAP Pulau Pinang mahu merampas tanah rakyat seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting untuk mendirikan sebuah universiti swasta.

DAP bising bila PNB hendak buat menara 100 tingkat. Pelajar-pelajar diminta makan kek sebagai protes. Bila orang Melayu protes tanah mereka mahu dirampas, DAP gelar sebagai "monyet". Dasar DAP tidak equal kepada rakyat. Tidak seindah philosophy Sun Yat Sen yang ditiru oleh DAP. Pakai baju Teo Beng Hock ketika protes menara memang sesuatu yang "suspicious". Apakah ini pelajar-pelajar produk universiti baru DAP di Balik Pulau nanti?

Rayer perlu digantung dari Dewan Undangan Negeri. Perkataan rasisnya itu perlu dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948, Perkara 3 (1 e) iaitu bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Menggelar "monyet" menyerlahkan sikap DAP yang amat biadap. Jika Datuk Azhar mempersoalkan tentang duit judi kuda dalam Dewan Undangan Negeri, DAP telah gantung Datuk Azhar kerana mendakwa rasis. Rasis apa kalau gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam dewan? Rayer juga perlu digantung dari Dewan Undangan Negeri kerana kenyataan rasisnya terhadap orang Melayu yang menuntut hak dan tanah mereka.

Inilah DAP, mereka melayan orang Melayu dengan gelaran dan perumpamaan binatang untuk menghalalkan usaha mereka merampas dan mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Kini hanya tinggal 20.41% sahaja tanah Melayu di Pulau Pinang, strategi pengusiran DAP ini sama seperti apa yang telah dibuat oleh Zionis terhadap bumi Palestin. Buat Melayu yang belum sedar, masih belum terlambat untuk berubah sebelum segala-galanya menjadi bubur.

Monday, 25 October 2010

PAS Benarkan Chan Ming Kai Persenda Ayat Suci Al Quran

 

19 September 2009, Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung Simpang Pulai pada malam Hari Raya Puasa pada tahun lepas. Orang-orang PAS menjemput Chan Ming Kai untuk bersama-sama dalam program dari rumah ke rumah tersebut. Ada orang PAS yang tidak berpuashati dengan tindakan Chan Ming Kai dan mereka memuat naik video tersebut di Youtube.

25 Oktober 2010, Chan Ming Kai sekali lagi mencemarkan kesucian agama Islam bila bertindak membaca dan menafsirkan ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil Galas. Chan Ming Kai bertindak demikian dalam satu ceramah di Padang Sivik, Gua Musang. PAS membenarkan sekali lagi ayat suci Al Quran digunakan oleh orang kafir untuk tujuan politik.

Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai. Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.

Orang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan, "tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran". Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ketepi.