Wednesday, 15 August 2012

NIK AZIZ MASUK DAP

Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berhubung gambar bekas Timbalan Presiden PAS bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak, mengesahkan bahawa wali PAS itu mempunyai masalah hati yang sangat teruk. 

Dendamnya terhadap Nasaruddin Mat Isa tidak pernah padam sekalipun Nasaruddin masih kekal setia bersama-sama PAS dan tidak pernah membayangkan yang dia akan meninggalkan parti yang dianggotainya semenjak dari bangku universiti lagi. 

Lebih teruk lagi ialah apabila Nik Aziz memperlihatkan kedengkiannya yang luar biasa kepada Nasaruddin yang merupakan orang kepercayaan Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS yang merupakan kawan Dr. Mahathir semenjak kecil lagi. 

Mengulas gambar berkenaan, Nik Aziz sengaja membenarkan hasutan geng-geng PARASIT dan IBLIS dalam PAS apabila mengatakan tindakan Nasaruddin keluar dari PAS dan masuk UMNO bukanlah memeranjatkan. 

Dengan memberikan contoh bagaimana bekas musuhnya dalam PAS, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang meninggalkan PAS setelah digulingkan oleh kumpulan yang diketuai oleh Nik Aziz sendiri pada awal 80-an, Nik Aziz awal-awal lagi dengan sengaja cuba menaikkan sentimen khawarij PAS yang sebenarnya sudah berakar umbi. 

Walhal Nasaruddin sebenarnya adalah Pengarah Biro Hubungan Antarabangsa PAS sendiri! 

Kalau Nasaruddin dikatakan masuk UMNO semata-mata kerana bergambar dan menemani Najib Abdul Razak ke Makkah, apakah wajar juga Nik Aziz dikatakan sebagai masuk DAP kerana dia bukan sahaja banyak kali dilihat bersama-sama para pemimpin DAP tetapi sangat banyak kali membela DAP setiap kali kafir harbi itu hilang hujah dijerkah UMNO? 

Apatah lagi Nik Aziz sendiri sudah berpeluk dan bercium-ciuman dengan Kit Siang dan Guan Eng! 

Tuesday, 14 August 2012

NASHARUDIN BERGAMBAR DENGAN NAJIB, PAS PANAS..!

un jauh di Pantai Timur, suara PELESIT yang bersarungkan pakaian DPP Kelantan mendesak agar Nasaruddin Mat Isa melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen Bachok. Di media-media maya pula, para penyokong PAS menggila dengan kemarahan dan kebejatan otak yang tidak terkawal sehingga Nasaruddin Mat Isa dilabelkan sebagai ANJING UMNO.

Semuanya kerana sekeping gambar yang memperlihatkan Nasaruddin Mat Isa berada di sebelah Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak di Makkah bersama-sama dua orang pembesar Arab.

Sesungguhnya, amatlah melucukan kerana kehadiran Nasaruddin bersama-sama Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PAS.

Barangkali sebilangan besar orang PAS tidak mengetahui bahawa DAP begitu berbangga apabila Setiausaha Agung parti mereka pada ketika itu, Lim Kit Siang menemani Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir, menyaksikan pelancaran satelit Tiung-sat di Kazakhstan. Tidak ada langsung cemuhan terhadap Kit Siang, malah langsung tidak ada desakan agar Kit Siang melepaskan jawatannya kerana telah memalukan DAP.

Nampak sangatlah benak dan pendek akal orang-orang PAS ini. Maka tidak hairanlah mengapa manusia bengong seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar boleh dilantik sebagai pemimpin memandangkan yang melantik mereka pula mempunyai kepandaian yang mungkin lebih sedikit berbanding cacing tanah!!!

Sekaligus mengesahkan bahawa di dalam PAS, sudah tidak ada kebaikan melainkan yang ada hanyalah penjahanam-penjahanam umat dan negara...

Sunday, 1 January 2012

Wednesday, 16 November 2011

PKR Petikai mahkamah syariah

6 November 2010, Gooi Hsiao Leung (Naib Ketua Pemuda PKR Kedah) menyatakan ibu bapa Islam menggunakan Mahkamah Syariah untuk merampas anak setelah sesuatu pasangan bercerai (baca sini). "Ibu atau bapa yang beragama Islam itu boleh berbuat demikian kerana berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Syariah yang mencabuli hak perlembagaan dan hak awam ibu atau bapa yang bukan beragama Islam berhubung anak mereka,” kata Gooi. Sebenarnya kes pemutusan hak penjagaan anak yang dibuat di Mahkamah Syariah tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang didakwa oleh Gooi.

Kenyataan Gooi ini menjelaskan bahawa Gooi tidak memahami Perkara 121 (1A) yang menyatakan bahawa 
perkara yang berkaitan sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak, berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 (1A) menjadi asas kepada Hakim Datuk Zainun Ali untuk memutuskan menolak kes rayuan S.Kaliammal (balu pendaki Everest negara Sarjan M. Moorthy) yang penukaran agamanya kepada Islam telah menimbulkan pertikaian pada 20 Ogos 2010. Mengapa Gooi perlu mempertikai mahkamah syariah secara terbuka di media?
5 April 2007, Norman Fernandez (Naib Pengerusi DAP Johor) mempertikai keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding perceraian mereka ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Mengapa DAP dan PKR selalu sangat mempertikai dan masuk campur dalam isu yang berkaitan Mahkamah Syariah? PAS pula diam sahaja bila dua sahabatnya itu mengasak Mahkamah Syariah.
Desakan Gooi ini adalah selari dengan apa yang dituntut oleh dalam Perkara 3, Interfaith Commission (IFC) iaitu sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Ternyata, apa yang didesak oleh PKR ini jelas sekali membelakangkan Perlembagaan Persekutuan. Peliknya, mengapa Ustaz Azizan membiarkan PKR mempertikaikan persoalan Mahkamah Syariah di Kedah? Apakah Ustaz Azizan tidak tahu atau buat buat tidak tahu? Inilah agenda besar PKR, mereka bukan berbicara soal kebajikan rakyat selepas bencana banjir tetapi mempersoalkan pula kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.