Tuesday, 9 November 2010

DAP Rasis: Gelar Orang Kampung Sebagai Monyet

 



9 November 2010, R.S.N. Rayer ( ADUN DAP Seri Delima) telah berkata "Demonstrasi yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,". Demonstrasi yang dilakukan pada 2 November 2010 berikutan tindakan DAP Pulau Pinang mahu merampas tanah rakyat seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting untuk mendirikan sebuah universiti swasta.

DAP bising bila PNB hendak buat menara 100 tingkat. Pelajar-pelajar diminta makan kek sebagai protes. Bila orang Melayu protes tanah mereka mahu dirampas, DAP gelar sebagai "monyet". Dasar DAP tidak equal kepada rakyat. Tidak seindah philosophy Sun Yat Sen yang ditiru oleh DAP. Pakai baju Teo Beng Hock ketika protes menara memang sesuatu yang "suspicious". Apakah ini pelajar-pelajar produk universiti baru DAP di Balik Pulau nanti?

Rayer perlu digantung dari Dewan Undangan Negeri. Perkataan rasisnya itu perlu dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948, Perkara 3 (1 e) iaitu bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Menggelar "monyet" menyerlahkan sikap DAP yang amat biadap. Jika Datuk Azhar mempersoalkan tentang duit judi kuda dalam Dewan Undangan Negeri, DAP telah gantung Datuk Azhar kerana mendakwa rasis. Rasis apa kalau gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam dewan? Rayer juga perlu digantung dari Dewan Undangan Negeri kerana kenyataan rasisnya terhadap orang Melayu yang menuntut hak dan tanah mereka.

Inilah DAP, mereka melayan orang Melayu dengan gelaran dan perumpamaan binatang untuk menghalalkan usaha mereka merampas dan mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Kini hanya tinggal 20.41% sahaja tanah Melayu di Pulau Pinang, strategi pengusiran DAP ini sama seperti apa yang telah dibuat oleh Zionis terhadap bumi Palestin. Buat Melayu yang belum sedar, masih belum terlambat untuk berubah sebelum segala-galanya menjadi bubur.

Monday, 25 October 2010

PAS Benarkan Chan Ming Kai Persenda Ayat Suci Al Quran

 

19 September 2009, Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung Simpang Pulai pada malam Hari Raya Puasa pada tahun lepas. Orang-orang PAS menjemput Chan Ming Kai untuk bersama-sama dalam program dari rumah ke rumah tersebut. Ada orang PAS yang tidak berpuashati dengan tindakan Chan Ming Kai dan mereka memuat naik video tersebut di Youtube.

25 Oktober 2010, Chan Ming Kai sekali lagi mencemarkan kesucian agama Islam bila bertindak membaca dan menafsirkan ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil Galas. Chan Ming Kai bertindak demikian dalam satu ceramah di Padang Sivik, Gua Musang. PAS membenarkan sekali lagi ayat suci Al Quran digunakan oleh orang kafir untuk tujuan politik.

Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai. Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.

Orang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan, "tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran". Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ketepi.

Tuesday, 19 October 2010

Universiti Nanyang: Pelan Terancang Usir Orang Melayu

 


15 Ogos 2010, kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. Semalam, 100 orang penduduk di Kampung Genting telah membantah cadangan Lim Guan Eng untuk mengambil tanah orang Melayu dan membina kampus University Nanyang.

'Kami tak mahu P. Pinang jadi macam Singapura, ada faham!!', 'Mana CAT hang Guan Eng, cakap tak serupa bikin' dan 'Kami tak rela tanah kami dirampas, langkah mayat kami dulu! Guan Eng perampas tanah Melayu', berikut adalah antara sepanduk yang dipaparkan oleh penduduk kampung yang marah terhadap Lim Guan Eng.


DAP mahu membayar harga tanah yang murah dan rendah berbanding pasaran kepada penduduk kampung. SPRM perlu menyiasat kenapa pemaju mahu membeli dengan harga yang rendah. Pembinaan Universiti Nanyang ini adalah satu pelan terancang untuk mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Sila lihat siapa yang kuasai Universiti Nanyang (baca sini). Balik Pulau adalah parlimen yang majoritinya Melayu di bahagian pulau. Usaha DAP untuk membina Universiti Nanyang atas nama Education Hub sebenarnya adalah untuk menguasai keseluruhan kawasan pulau agar DAP boleh menguasainya secara mutlak. DAP semakin rakus untuk berkuasa. Apa yang memalukan, yang membantu usaha DAP ini adalah orang Melayu sendiri. Kerana umpan kemewahan, tanah Melayu akan tergadai.

DAP Bersikap Rasis Terhadap Menara Warisan Merdeka

19 Oktober 2010, seramai lima orang ahli parlimen DAP telah membuat bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di tapak cadangan pembinaaan lokasi tersebut. Ahli ahli parlimen DAP tersebut menyatakan pembinaan menara 100 tingkat itu membazir wang rakyat. Berbagai alasan dicipta dan fan pages di facebook diwujudkan untuk menunjukkan rakyat juga sependapat dengan mereka.

Apa benda yang DAP tidak bantah? Dulu pembangkang bantah buat Jambatan Pulau Pinang, bantah buat KLCC, bantah buat empangan Bakun dan pernah cadang hendak jual Putrajaya kalau menang dalam pilihan raya 1999. 20 November 2006, Teresa Kok mempertikaikan kenapa kerajaan membina Istana Baru sedangkan istana yang besar sudah ada di Putrajaya. Tahukah DAP milik siapa istana di Putrajaya itu? 22 Julai 2010, serangan ke atas pembinaan istana baru diteruskan lagi oleh DAP bila Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) mengemukakan gambar kononnya ada kanak-kanak tinggal di tapak pembinaan istana baru. Semua ini dibuat untuk menguatkan tuduhan DAP bahawa istana baru diadakan hasil wang rakyat. DAP tidak suka sebenarnya kepada institusi beraja. Jika dikaji, ideologi chauvinis memang menentang sistem beraja di China sejak dulu lagi. Kini, waris chauvinis di Tanah Melayu ini menentang raja-raja Melayu.


Tanah seluas 337.9 ekar telah diluluskan di Kuala Langat dalam Mesyuarakat Exco Selangor pada 18 Februari 2009 untuk membina kandang mega khinzir bernilai 100 juta. Tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau diambil oleh DAP menurut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. Tanah orang Melayu diambil dan diusir untuk bina dua projek mega DAP ini. Biarpun rakyat memprotes namun projek ini tetap mahu diteruskan. Duit rakyat digunakan oleh DAP untuk bina projek mega yang untungkan kroni mereka.

17 Mac 1978, PNB ditubuhkan sebagai instrumen untuk memacu Dasar Ekonomi Baru. Untuk memacu persekitaran baru menjelang 2020, PNB perlukan metodologi baru untuk menghadapi cabaran mendatang. Membazirkah melabur untuk potensi baru pekerjaan rakyat pada masa hadapan? Tahukah DAP siapa yang bebaskan Guthrie dari penjajah?

Menara Warisan Merdeka dibina oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). DAP tidak suka sebab PNB majoritinya adalah orang Melayu. DAP bersikap rasis bila orang Melayu mahu membina dan membuat sesuatu. Bila DAP berkuasa habis duit rakyat digunakan untuk bangunkan kandang, lot tanah kubur dirampas untuk pembangunan, tanah dipajak hingga 999 tahun, rumah orang Melayu dihalau untuk pembangunan. Apakah ini tidak rasis? Mengapa tidak melihat wang rakyat hasil cukai itu disalurkan untuk memberi elaun kepada ribuan imam sejumlah RM750 sebulan. Cara pemikiran pembayar cukai perlu lebih inklusif, jangan hanya terperuk dengan persepsi yang dimomok oleh pembangkang sahaja. Bia siap menara ini, DAP pula yang beriya iya hendak menjajah menara itu. Segalanya tidak membazir bila sudah siap nanti.