Wednesday, 19 December 2012

NGAH KOR MENG TAK DAPAT TANAH SEINCI DI KELANTAN TETAPI 4000 EKAR!!! AMBIK KAU!!!

Sesi perbahasan Bajet 2013 di Persidangan Dewan Negeri Perak bertukar kecoh selepas Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar membangkitkan skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar yang dianugerahkan kerajaan Kelantan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mana dua pemimpin kanan DAP Perak merupakan pengarah syarikat berkenaan.

Beliau memberitahu, pendedahan itu dibuat kerana kedua-dua nama pemimpin DAP, iaitu Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming tercatat dalam pendaftaran syarikat sebagai antara pengarah syarikat terbabit.

“Ini membuktikan Kor Ming ini mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya mengenai sikap wakil rakyat DAP itu yang menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah menerima tanah walaupun seinci daripada kerajaan PAS Kelantan.

Sebelum itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamakan kroni mereka dalam pemberian tanah tanpa melakukan tender secara terbuka.

Menurut Hamdi lagi, penganugerahan tanah daripada kerajaan Kelantan itu berkemungkinan sebagai habuan daripada PAS Kelantan kepada DAP Perak kerana bersetuju menerima dan melantik Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

“Kita dedahkan ini kerana mereka sering menuduh BN kerajaan tidak baik dan suka beri projek pada kroni manakala parti mereka baik, bersih dan tidak ada cacat cela.

“Dengan bukti-bukti ini, adakah pakatan ini sebenarnya bersih seperti mana yang mereka dakwa,” katanya.

Sementara itu, Kor Ming pada sidang medianya selepas itu, menafikan dakwaan beliau dan Koo Ham telah menerima habuan tanah daripada kerajaan Kelantan.

Menurutnya, sebuah laporan polis akan dibuat terhadap blog Pisau.Net kerana menyebarkan artikel palsu di samping melakukan jenayah berbentuk fitnah.

Dalam blog tersebut, syarikat berkenaan didakwa menerima ganjaran tanah seluas 4,210 hektar dengan nilai pasaran bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang daripada kerajaan Kelantan.

SUMBER PERAK TODAY

Tuesday, 18 December 2012

ANJING GUAN ENG MENYALAK, TUDUH KAKITANGAN AWAM MELAYU PENYEBAB RASUAH DI NEGARA INI!!!

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang baru, Dr. Ariffin S.M. Omar menyatakan bahawa kadar rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam Sektor Awam. Dengan kata lain, Ariffin meletakkan kesalahan kepada kakitangan awam yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam sebagai punca kepada amalan rasuah di Malaysia. 

Sungguhpun Ariffin adalah orang Melayu, tetapi lidahnya adalah lidah Cina DAP. Maka tidak hairanlah kenyataan chauvinist tersebut dibuat. Ariffin sekadar membaca skrip para pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang mahupun Tony Pua. Kalau Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau Tony Pua yang bercakap dengan nada itu, sudah pastilah DAP akan terlihat jelas sebagai sebuah parti chauvinist yang amat bencikan Melayu tetapi apabila Ariffin yang mengeluarkan kenyataan tersebut, maka DAP mengharapkan persepsi orang Melayu terhadap DAP dapat diperbetulkan. 

Dengan kata lain, Ariffin sebenarnya telah diarahkan mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai suara hati nurani para pemimpin DAP yang sebelum ini telah menyekat mana-mana Melayu di dalam DAP untuk menjawat sebarang jawatan secara terpilih... SAMBUNG BACAAN DI SINI

Thursday, 13 December 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Penceramah: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Tajuk : Majlis Kesyukuran Peningkatan Hasil Padi
Tarikh: 14.12.2012 (Jumaat)
Masa: 9.00PM
Lokasi: Dataran Bagunan Kedai PLB Sungai Sireh, Tanjong Karang 
Link Poster: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=542303189131089


Anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong Karang

Wednesday, 15 August 2012

NIK AZIZ MASUK DAP

Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berhubung gambar bekas Timbalan Presiden PAS bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak, mengesahkan bahawa wali PAS itu mempunyai masalah hati yang sangat teruk. 

Dendamnya terhadap Nasaruddin Mat Isa tidak pernah padam sekalipun Nasaruddin masih kekal setia bersama-sama PAS dan tidak pernah membayangkan yang dia akan meninggalkan parti yang dianggotainya semenjak dari bangku universiti lagi. 

Lebih teruk lagi ialah apabila Nik Aziz memperlihatkan kedengkiannya yang luar biasa kepada Nasaruddin yang merupakan orang kepercayaan Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS yang merupakan kawan Dr. Mahathir semenjak kecil lagi. 

Mengulas gambar berkenaan, Nik Aziz sengaja membenarkan hasutan geng-geng PARASIT dan IBLIS dalam PAS apabila mengatakan tindakan Nasaruddin keluar dari PAS dan masuk UMNO bukanlah memeranjatkan. 

Dengan memberikan contoh bagaimana bekas musuhnya dalam PAS, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang meninggalkan PAS setelah digulingkan oleh kumpulan yang diketuai oleh Nik Aziz sendiri pada awal 80-an, Nik Aziz awal-awal lagi dengan sengaja cuba menaikkan sentimen khawarij PAS yang sebenarnya sudah berakar umbi. 

Walhal Nasaruddin sebenarnya adalah Pengarah Biro Hubungan Antarabangsa PAS sendiri! 

Kalau Nasaruddin dikatakan masuk UMNO semata-mata kerana bergambar dan menemani Najib Abdul Razak ke Makkah, apakah wajar juga Nik Aziz dikatakan sebagai masuk DAP kerana dia bukan sahaja banyak kali dilihat bersama-sama para pemimpin DAP tetapi sangat banyak kali membela DAP setiap kali kafir harbi itu hilang hujah dijerkah UMNO? 

Apatah lagi Nik Aziz sendiri sudah berpeluk dan bercium-ciuman dengan Kit Siang dan Guan Eng!