Saturday, 29 December 2012

ISU AIR DI SELANGOR

Bekalan Air Percuma bagi 20 meter padu?? Beb! Gua duduk rumah flat/pangsapuri kat Shah Alam ni. Dah lebih 2 tahun duduk sini sampai sekarang tak dapat pun air free.... Yang kaya, yang duduk rumah banglo semua dapat air free... Aku ni keje kilang pulak yang tak dapat! Adil sungguh kerajaan Selangor!!!

Skim Usia Emas (SMUE). Nun kat rumah aku tu, aku jaga nenek aku yang dah sarat sangat ke hujung nyawa. Umur aku rasa ada dekat 80tahun macam tu. Pernah juga minta siap datang SUK, dah jenuh isi borang macam-macam tapi sampai sekarang ni tak dapat apa-apa jawapan dari kerajaan negeri. Mesranya kerajaan Selangor!!!

Tabung Warisan Anak Selangor. TAWAS ke MAWAS?? Dah dua orang lahir masa kerajaan Khalid ni perintah tapi tak ada dapat apa pun. Tanya bila boleh dapat kad TAWAS, pegawai tu kata "tunggu, sedang diproses." sampai bila nak tunggu? Sampai PRU baru nak bagi? Ptuihhh!!!!

Friday, 28 December 2012

Kenapa rakyat Malaysia perlu tolak pakatan

SEBAB UTAMA KENAPA RAKYAT MALAYSIA HARUS MENOLAK DAP DAN PAKATAN!!!


By: Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri.

LEE KUAN YEW walaupun berstatus Ketua Menteri Singapura semasa masih berada di dalam Malaysia, namun semasa melawat negara-negara Eropah pada awal tahun 1960an, mengandaikan dirinya sebagai Perdana Menteri, pegawai-pegawainya diberi gelaran bertaraf Duta. Perkara ini sangat tidak menyenangkan allahyarham Tunku Abdul Rahman. Sudah tentu sebagai sebuah negara berdaulat, tentulah hanya ada seorang sahaja Perdana Menteri Malaysia, iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.(Baca di Memoir LKY)

Anak-anak muda mesti membaca seberapa banyak minda Lee Kuan Yew, kerana beliau adalah mentor kepada negara baru Singapura (dahulunya dikenali Temasek milik Kerajaan Johor). Mengapa Lee Kuan Yew? Jawapannya ialah, apabila DAP berjaya membentuk kerajaan DAP di Pulau Pinang, Lee Kuan Yew dan delegasi PAP merupakan pemimpin luar yang paling awal dan paling kerap mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau sebaliknya.

Semasa Kerajaan Singapura berjaya memenangi Pulau Batu Puteh di Mahkamah ICJ, saya menghubungi salah seorang pemimpin Persatuan Sejarah Johor, Tuan Hj. Kamdi, kebetulan bekas pensyarah saya di Johor Bahru dahulu. Beliau menyatakan, Kerajaan Malaysia mempunyai asas lain yang boleh ditunjukkan untuk membuat Semakan Semula keputusan ICJ itu. Dalam hal ini, saya menyokong kita berusaha mendapatkan semula Pulau Batu Puteh itu. Mahkamah Antarabangsa memberi kita peluang untuk Membuat Semakan keputusan itu dalam masa 10 tahun dari tarikh penghakiman, jika terdapat bukti baru.

Kita harus beringat, Singapura di Selatan merupakan negara ketiga paling sibuk dalam perniagaan perkapalan dunia, mereka menguasai perairan Selat Melaka di selatan. Manakala, Pulau Pinang di Utara turut menggenggam perairan Selat Melaka. Tahukah kamu apa implikasinya dalam dunia politik? Fikirkanlah...

Kesilapan kita ialah kita tidak membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ideanya dicadangkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Semasa Tan Sri Syed Mokhtar mencadangkan pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal tahun 1990an dahulu, Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya agak kurang yakin idea ini. Namun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya membuktikannya dan Tun Dr. Mahathir begitu gembira.

Saya sangat yakin, menjelang PRU13 nanti, Singapura akan memainkan peranan penting dalam mencorak pemikiran pengundi, khususnya di seberang tambak dan negeri Johor. Berpuluh ribu pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari akan didedahkan dengan 'Singaporean Nice" untuk kita melihat, mendengar, membaca, memerhati dan membuat keputusan sama ada akan mengundi BN atau Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, sebenarnya.

Kita mesti menghalang Singapura, khususnya Temasek Holding, daripada melaburkan wang mereka tanpa kawalan di Malaysia. Kita mesti mengkaji niat dan tujuan sebenar mereka. Kita harus ingat simpanan Temasek Holding 3 atau 4 kali ganda banyaknya berbanding Khazanah Holding yang semakin berkembang pesat.

Bukankah Thaksin Shinawatra Jatuh dan Dijatuhkan ketika proses Temasek Holding hendak membeli Syarikat Telekomunikasi negara Thailand?

Bukankah Pasukan Bola Sepak Malaysia dikalahkan 0-3 oleh Singapura selepas wajah-wajah asing menghiasi muka-muka pemain Singapura? Bukankah Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan dahulu, jika mahu adil, dengan keluasan padang yang sama, saiz badan yang sama, tinggi tubuh badan yang sama, bermain dengan 11 pemain, mungkin Malaysia boleh menang Piala Dunia?

Bukankah Lee Kuan Yew pernah berkata, sepatutnya Singapura membina Litar Lumba Formula 1 sepuluh tahun lebih awal sebelum Malaysia. Walaupun lambat, walaupun mereka tiada litar, mereka berjaya juga menganjurkannya selepas Malaysia hampir 20 tahun menjadi penganjur siri Formula 1.

Jika bank-bank di Malaysia berjaya membeli bank-bank di Indonesia, Temasek Holding tidak akan membiarkan Singapura ketinggalan oleh Malaysia.

Singapura hanya berdiam diri apabila Presiden BJ Habibie berkata, ""Apa itu Singapore, negara yang tidak ada dalam peta dunia!".

Bagaimanakah kita hendak menghentikan semua ini. Jawapannya mudah, ada di tangan anda, iaitu jangan menangkan DAP dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya.

Saturday, 22 December 2012

SOLAT MAGHRIB TAK SAH BILA MUHYIDDIN JADI IMAM. ISH ISH?

Setelah dua hari, ternyata tidak ada satu KUTU PAS pun yang mahu memberikan ulasan berhubung bantuan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepada SAR di seluruh Kedah itu. Sebaliknya, mereka menaikkan isu berhubung TIDAK SAHNYA SOLAT GURU-GURU PONDOK tersebut apabila BERIMAMKAN MUHYIDDIN YASSIN yang dianggap tidak mempunyai cukup kelayakan sebagai imam berbanding guru-guru pondok yang diimamkannya.

Benda-benda besar seperti bantuan untuk SAR di Kedah yang sepatutnya berada di bawah tanggungjawab PAS Kedah yang menjadi Kerajaan Negeri, tidak ditimbulkan, sebaliknya yang dibuat adalah MENIMBULKAN KETAKUTAN DAN KERAGUAN tentang sah atau tidak solat maghrib di Surau Pondok Pak Ya. 

Apa jenis puak-puak PAS ini? 

Mungkin kerana sikap itulah, maka tidak hairanlah mengapa Kedah di bawah pemerintahan dan pentadbiran PAS berada di bawah garis kemiskinan walaupun sebelum mengambil Kedah dari tangan UMNO-BN, Kedah merupakan antara negeri yang berdaya saing menerusi pelbagai sektor ekonomi yang dirancakkan pembangunannya.

Tak habis-habis lagi puak-puak PAS ini dengan polemik yang mereka cuba timbulkan… sudahlah mereka tidak memberikan bantuan, sebaliknya segala peruntukan disapu dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

HADI AWANG GAGAL

Dan tidak keterlaluan kalau dikatakan, AMANAT HAJI HADI merupakan MANIFESTASI KEBODOHAN TERBESAR PAS sepanjang PAS menjadi parti siasah dari tahun 1951. Apakan tidak, di dalam AMANAT HAJI HADI, terkandung kejahilan murakkab para penganut dan pemercaya PAS, terutama sekali apabila mereka beriman dengan sebenar-benar iman bahawa tidak menyokong PAS dan menentang PAS akan menjejaskan akidah kepada Allah Taala. AMANAT HAJI HADI itu juga menyerlahkan kejahilan dan kejahatan PAS secara keseluruhannya apabila mereka secara jahil cuba menjadi PEMBANTU PERIBADI ALLAH TAALA yang mengkafirkan, mengkufurkan dan memurtadkan orang yang tidak sebulu dengan mereka, sekalipun hanya bersandarkan sokongan kepada parti-parti siasah.

AMANAT HAJI HADI itu jugalah yang menunjukkan kezaliman puak-puak PAS apabila mereka begitu taksub dengan taqlid kepada kenyataan para pemimpin mereka, tanpa mereka mahu menyiasat, mengkaji dan mengaji ilmu yang sebenar-benar ilmu, bukannya ilmu yang hanya untuk mendapatkan undi bagi kekuasaan dalam politik dan siasah sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS.

Justeru, apabila mereka membuat penafian kononnya AMANAT tersebut tidak ada kena-mengena dengan UMNO bahkan, tidak menyatakan secara khusus bahawa UMNOlah yang dimaksudkan oleh AMANAT HAJI HADI, sememangnya para pecacai PAS berkenaan adalah golongan yang membela kezaliman dengan kefasihan lidah dan kelancaran tulisan mereka.

Bagaimana mereka hendak menafikan amanat berkenaan bukan ditujukan kepada UMNO sedangkan pada tahun di mana amanat itu dituturkan oleh Hadi Awang, persengketaan dengan UMNO adalah kemuncak perjuangan PAS sebagai sebuah parti siasah?

Bagaimana pula dengan para pengikut dan bekas-bekas pengikut PAS yang telah mengkafirkan orang-orang UMNO kerana percaya kepada AMANAT berkenaan? Adakah para pecacai PAS ingin menyatakan bahawa bukan AMANAT HAJI HADI yang sewajarnya dipersalahkan tetapi para pengikut PAS yang menghentam membuta tuli?

Atau bagaimana mereka ingin menjelaskan bahawa sepanjang dari tahun 1981 sehinggalah sekarang, Hadi Awang dan kepimpinan utama PAS tidak pernah menegur, menegah apatah lagi memberikan penjelasan berhubung AMANAT HAJI HADI kalau benarlah kata-kata di dalam amanat tersebut tidak ditujukan kepada UMNO?