Sunday 8 August 2010

Jangan pelik bila Khalid Samad melawat Kilang Arak.

Khalid Samad yang sebelum ini terkenal dengan pendekatan sekularnya menerusi ceramah dimana-mana saja termasuk dalam gereja, kembali mencetuskan kontroversi dengan melawat ke Kilang Arak Carlsberg di Shah Alam Selangor.

Kunjungan Khalid ini mencatatkan sejarah kerana ia adalah merupakan kunjungan pertama seorang wakil rakyat ke kilang tersebut semenjak penubuhannya lebih 30 tahun yang lalu. Wakil rakyat UMNO pun tak pernah buat kerja gila nih. Ini diakui sendiri oleh pihak kilang arak tersebut yang gembira menyambut kedatangan Khalid dan juga rombongannya.
Khalid juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi wakil rakyat pertama dari parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tulen dan membenci segala maksiat serta kemungkaran termasuklah arak, mengadakan lawatan "sambil belajar" ke Kilang Arak.

Namun jika dilihat melalui perubahan mendadak PAS akhir-akhir ini terhadap polisi perjuangan Islam semenjak mereka bergabung didalam Pakatan, apa yang dilakukan oleh Khalid Samad ini bukannya satu perkara yang pelik.

PAS sebenarnya telah berubah menjadi pejuang Islam Sekular demi menyesuaikan parti mereka didalam Pakatan Rakyat. Tiada lagi Hukum Hudud dan tiada lagi perjuangan menegakkan negara Islam didalam kamus perjuangan PAS kini akibat dari tekanan dari DAP dan juga PKR.

Lihat sahaja permainan politik yang diamalkan oleh Khalid Samad ini. Sebelum ini dia dengan selamba berceramah didalam gereja bagi meraih sokongan kristian. Di PRK Sibu pula, dia sibuk merayu undi puak kristian dengan berkempen didalam gereja sebagai tukang sebar risalah untuk majlis agama tersebut.

Jika diteliti, bukan Khalid seorang sahaja yang sedang melakukan transformasi kepada perjuangan Islam PAS supaya lebih sekular. Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sebenarnya telah lama bertindak "melacurkan" Islam dan juga memburukkan imej ulamak.

Nik Aziz Nik Mat adalah satu-satunya yang digelar ulamak dengan imej berserban dan berjubah yang sanggup melawat ke kandang babi sewaktu kes penyakit JE menular didalam negara.

Nik Aziz juga tanpa segan silu melawat ke gereja sewaktu insiden gereja dibakar sambil berlakon menunjukkan simpati dan menghulurkan wang konon-kononnya dia prihatin. Tetapi pada masa yang sama, masyarakat Islam di Kelantan yang miskin dan memerlukan bantuan, dilupakan begitu saja oleh Nik Aziz.

Nik Aziz juga sanggup dan lebih suka berziarah ke kuil-kuil hindu dan juga berkepit dengan tok-tok sami Siam ketika melawat ke tokong-tokong daripada mengambil tahu tentang kesusahan serta kepayahan rakyat di kawasannya sendiri. 

Jadi, apalah yang nak dipelikkan sangat dengan perangai serta tindakan Khalid Samad yang melakukan lawatan ke Kilang Arak ini?

Agak lucu juga Khalid apabila Khalid memberikan alasan kunjungannya ke Kilang Arak ini untuk berbincang mengenai usaha memindahkan kilang tersebut ke tempat yang lebih sesuai.

Satu persoalan yang timbul disebalik alasan Khalid tersebut..., apakah jawatan Khalid Samad dialam kerajaan negeri Selangor sehingga dia dipertanggungjawabkan ke atas usaha pemindahan kilang tersebut? Tiada lagikah wakil Pakatan bukan Islam yang mampu menggalas tugas itu? 

Ataupun.., apakah Khalid sebenarnya sengaja mahu menjadi seorang ahli parlimen Islam yang mesra kilang arak tetapi malu-malu untuk mendedahkan niatnya kepada media? 

Mungkin sebab itulah alasan dangkal tersebut diluahkan.... wallahualam.