Saturday 22 December 2012

SOLAT MAGHRIB TAK SAH BILA MUHYIDDIN JADI IMAM. ISH ISH?

Setelah dua hari, ternyata tidak ada satu KUTU PAS pun yang mahu memberikan ulasan berhubung bantuan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepada SAR di seluruh Kedah itu. Sebaliknya, mereka menaikkan isu berhubung TIDAK SAHNYA SOLAT GURU-GURU PONDOK tersebut apabila BERIMAMKAN MUHYIDDIN YASSIN yang dianggap tidak mempunyai cukup kelayakan sebagai imam berbanding guru-guru pondok yang diimamkannya.

Benda-benda besar seperti bantuan untuk SAR di Kedah yang sepatutnya berada di bawah tanggungjawab PAS Kedah yang menjadi Kerajaan Negeri, tidak ditimbulkan, sebaliknya yang dibuat adalah MENIMBULKAN KETAKUTAN DAN KERAGUAN tentang sah atau tidak solat maghrib di Surau Pondok Pak Ya. 

Apa jenis puak-puak PAS ini? 

Mungkin kerana sikap itulah, maka tidak hairanlah mengapa Kedah di bawah pemerintahan dan pentadbiran PAS berada di bawah garis kemiskinan walaupun sebelum mengambil Kedah dari tangan UMNO-BN, Kedah merupakan antara negeri yang berdaya saing menerusi pelbagai sektor ekonomi yang dirancakkan pembangunannya.

Tak habis-habis lagi puak-puak PAS ini dengan polemik yang mereka cuba timbulkan… sudahlah mereka tidak memberikan bantuan, sebaliknya segala peruntukan disapu dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

HADI AWANG GAGAL

Dan tidak keterlaluan kalau dikatakan, AMANAT HAJI HADI merupakan MANIFESTASI KEBODOHAN TERBESAR PAS sepanjang PAS menjadi parti siasah dari tahun 1951. Apakan tidak, di dalam AMANAT HAJI HADI, terkandung kejahilan murakkab para penganut dan pemercaya PAS, terutama sekali apabila mereka beriman dengan sebenar-benar iman bahawa tidak menyokong PAS dan menentang PAS akan menjejaskan akidah kepada Allah Taala. AMANAT HAJI HADI itu juga menyerlahkan kejahilan dan kejahatan PAS secara keseluruhannya apabila mereka secara jahil cuba menjadi PEMBANTU PERIBADI ALLAH TAALA yang mengkafirkan, mengkufurkan dan memurtadkan orang yang tidak sebulu dengan mereka, sekalipun hanya bersandarkan sokongan kepada parti-parti siasah.

AMANAT HAJI HADI itu jugalah yang menunjukkan kezaliman puak-puak PAS apabila mereka begitu taksub dengan taqlid kepada kenyataan para pemimpin mereka, tanpa mereka mahu menyiasat, mengkaji dan mengaji ilmu yang sebenar-benar ilmu, bukannya ilmu yang hanya untuk mendapatkan undi bagi kekuasaan dalam politik dan siasah sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS.

Justeru, apabila mereka membuat penafian kononnya AMANAT tersebut tidak ada kena-mengena dengan UMNO bahkan, tidak menyatakan secara khusus bahawa UMNOlah yang dimaksudkan oleh AMANAT HAJI HADI, sememangnya para pecacai PAS berkenaan adalah golongan yang membela kezaliman dengan kefasihan lidah dan kelancaran tulisan mereka.

Bagaimana mereka hendak menafikan amanat berkenaan bukan ditujukan kepada UMNO sedangkan pada tahun di mana amanat itu dituturkan oleh Hadi Awang, persengketaan dengan UMNO adalah kemuncak perjuangan PAS sebagai sebuah parti siasah?

Bagaimana pula dengan para pengikut dan bekas-bekas pengikut PAS yang telah mengkafirkan orang-orang UMNO kerana percaya kepada AMANAT berkenaan? Adakah para pecacai PAS ingin menyatakan bahawa bukan AMANAT HAJI HADI yang sewajarnya dipersalahkan tetapi para pengikut PAS yang menghentam membuta tuli?

Atau bagaimana mereka ingin menjelaskan bahawa sepanjang dari tahun 1981 sehinggalah sekarang, Hadi Awang dan kepimpinan utama PAS tidak pernah menegur, menegah apatah lagi memberikan penjelasan berhubung AMANAT HAJI HADI kalau benarlah kata-kata di dalam amanat tersebut tidak ditujukan kepada UMNO?