Lebih 30,000 hektar tanah rakyat di Hulu Kelantan
telah dirampas oleh kerajaan PAS negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu. Tanah yang
diusahakan oleh rakyat telah diambil untuk projek ladang rakyat yang hanya
menguntungkan kroni PAS. Syarikat luar yang memajak tanah sehingga 99 tahun
telah diberikan keutamaan berbanding rakyat tempatan yang sudah membayar wang
deposit untuk memproses geran tanah. Taukeh balak kaya raya, orang kampung
dirampas tanahnya.
1 November 2010, ketika pilihan raya Galas tinggal
tiga hari lagi, Datuk Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) mahu
memberikan dua ekar tanah kepada orang asli di Galas. Isu royalti minyak senyap
terus di Galas. PAS makin tertekan untuk mengekalkan kerusi Galas. Lebih
tertekan bila Piala Malaysia yang dimenangi adalah hasil teraju orang-orang UMNO
di Kelantan. Tanah yang dulunya dirampas mula diberikan semula untuk tagih undi
hanya di Galas. Inilah polisi kluk klek
PAS di Kelantan. Terdesak mahu undi, rasuah pun sudah dihalalkan.