Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai. Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.
Orang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan, "tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran". Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ketepi.