Wednesday 15 August 2012

NIK AZIZ MASUK DAP

Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berhubung gambar bekas Timbalan Presiden PAS bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak, mengesahkan bahawa wali PAS itu mempunyai masalah hati yang sangat teruk. 

Dendamnya terhadap Nasaruddin Mat Isa tidak pernah padam sekalipun Nasaruddin masih kekal setia bersama-sama PAS dan tidak pernah membayangkan yang dia akan meninggalkan parti yang dianggotainya semenjak dari bangku universiti lagi. 

Lebih teruk lagi ialah apabila Nik Aziz memperlihatkan kedengkiannya yang luar biasa kepada Nasaruddin yang merupakan orang kepercayaan Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS yang merupakan kawan Dr. Mahathir semenjak kecil lagi. 

Mengulas gambar berkenaan, Nik Aziz sengaja membenarkan hasutan geng-geng PARASIT dan IBLIS dalam PAS apabila mengatakan tindakan Nasaruddin keluar dari PAS dan masuk UMNO bukanlah memeranjatkan. 

Dengan memberikan contoh bagaimana bekas musuhnya dalam PAS, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang meninggalkan PAS setelah digulingkan oleh kumpulan yang diketuai oleh Nik Aziz sendiri pada awal 80-an, Nik Aziz awal-awal lagi dengan sengaja cuba menaikkan sentimen khawarij PAS yang sebenarnya sudah berakar umbi. 

Walhal Nasaruddin sebenarnya adalah Pengarah Biro Hubungan Antarabangsa PAS sendiri! 

Kalau Nasaruddin dikatakan masuk UMNO semata-mata kerana bergambar dan menemani Najib Abdul Razak ke Makkah, apakah wajar juga Nik Aziz dikatakan sebagai masuk DAP kerana dia bukan sahaja banyak kali dilihat bersama-sama para pemimpin DAP tetapi sangat banyak kali membela DAP setiap kali kafir harbi itu hilang hujah dijerkah UMNO? 

Apatah lagi Nik Aziz sendiri sudah berpeluk dan bercium-ciuman dengan Kit Siang dan Guan Eng!