Saturday 14 August 2010

Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO; Pemahaman dan Pendekatan

1.                 Isunya; Kepala Pentadbir Negara yang dikatakan kurang efektif. Malah ada yang memaksudkan bahawa langsung tidak efektif dan wajar ditolak. Ini isu Perdana Menteri. Wajarkah seseorang individu, terpilih dan kesesuaian mengisi kerusi Perdana Menteri? Itu persoalannya.
Perkara ini dibangkitkan kononnya bertitik tolak kepada prestasi kerajaan yang masih menang hari ini iaitu Barisan Nasional. Kerajaan yang sama sekian lama ini dikatakan prestasinya menurun selepas PRU-12 yang lalu. Teliti keputusan kedudukan kerusi-kerusi parlimen; UMNO 79 daripada 117 kerusi, MCA 15 daripada 40, PBB 14 daripada 14, Gerakan 2 daripada 12, MIC 3 daripada 9, SUPP 6 daripada 7, PRS 6 daripada 6. UPKO 4 daripada 4, SPDP 4 daripada 4, PBS 3 daripada 4, PBRS 1 daripada 1, LDP 1 daripada 1 dan PPP 0 daripada 1. Menjadikan jumlahnya 140 daripada 222 kerusi.
Persoalannya, adakah Kepala Jentera Kerajaan ini efektif, kurang efektif atau langsung tidak efektif? Jawapan harus tepat. Lihat prestasi.

2.                 Isunya; Siapakah Kepala Jentera Kerajaan? Yang dimaksudkan hari ini rata-ratanya daripada reaksi ditujukan kepada perjawatan Perdana Menteri. Siapakah Perdana Menteri Malaysia? BN menang, itu realiti. Pengerusi BN secara tradisinya yang akan mengisi perjawatan PM. Logiknya adalah berasaskan kepada sokongan gabungan komponen yang memberi mandat kepada Pengerusi. Jika tidak, tidaklah dia menjadi Pengerusi.

3.                 Isunya; Siapakah Pengerusi BN? Secara tradisinya adalah penguasa terbesar komponen. Secara langsung tradisinya juga, Presiden UMNO yang akan mengisi kerusi Pengerusi BN ini – lihat 117 kerusi UMNO yang ditandingi di Perlimen berbanding 222.

4.                 Isunya; Presiden UMNO. Kuatnya presiden maka kukuhlah parti. Perkasalah UMNO. Itu teorinya yang diterima pakai.

5.                 Isunya; UMNO yang lebih kuat, kukuh dan diperkasakan. Secara teori, perkasanya UMNO akan mengukuhkan Barisan Nasional. UMNO yang menaungi gabungan parti-parti itu.

Kita lihat, 79 daripada 117 kerusi UMNO adalah bersamaan dengan 67.5%. Kita ambil andaian 67.5%  ini kepada kemenangan semua parti-parti komponen. Maka PBB akan akan memperolehi 9 kerusi; MCA – 27 kerusi; Gerakan – 8 kerusi; MIC – 6 kerusi; SUPP dan PRS – 8 kerusi; UPKO, SPDP dan PBS – 8 kerusi; PBRS, LDP dan PPP – 2 kerusi. Jumlahnya akan mencapai 147 kerusi. Ini sebagai penanda aras. Sedangkan untuk mendapat mandat kuat majoriti BN memerlukan 148 kerusi parlimen daripada 222. Kurang satu. 
Terbuka kepada perbincangan adakah perbezaan (kekurangan) 1 ini yang didasar daripada 67.5% kemenangan UMNO ke atas kerusi parlimen yang ditandinginya menggambarkan bahawa UMNO itu lemah, kuat atau bermasalah. Hakikatnya harus diterima. Bukan diretorikakan. Buka hati, rasionalkan pertimbangan. 

Kerusi Perdana Menteri, kerusi Pengerusi BN, kerusi Presiden UMNO adalah kerusi-kerusi yang berbeza. Begitu juga kerusi-kerusi presiden-presiden parti-parti komponen juga harus dilihat pada perjawatan yang berbeza. Perjawatan! Bukan faktor individu. Perjawatan yang bersamanya adalah mandat kepimpipinan set yang tersendiri.

Ini bukan isu Dr Mahatir, bukan isu Abdullah, bukan isu Tengku Razaleigh, bukan isu Najib, bukan isu siapa-siapa pun. Ini faktor pengisian. Negara memerlukan Perdana Menteri yang kuat, BN memerlukan Pengerusinya yang kuat, UMNO memerlukan Presidennya yang kuat. Begitu juga parti-parti komponen memerlukan presiden-presidennya yang kuat. Kepala-kepala set yang kuat ini akan membawa kepada parti-parti yang kuat. Sokongan akar umbi perlu kuat. Pemerkasaan inilah yang harus dilalui. Bukannya dengan menuding kepada siapa tetapi apa. Jika Presiden dilihat lemah oleh rakyat. Kaji lah puncanya. Langkah-langkah ke arah pengukuhan perlu dibuat dengan hati dan minda yang iklas dan terbuka. Begitu juga rakyat harus yang rasionalis.

Dalam kes yang sebegini Abdullah Hj Ahmad Badawi juga tidak harus melihat dia sebagai Pak Lah atau YAB Datuk Seri Abdullah yang sama di setiap kerusi yang disandangnya. Beliau harus membezakan pandangan dan perletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri, sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO pada perjawatan-perjawatan yang berbeza ini. Begitupun Tengku Razaleigh Hamzah dan Mahathir Mohamad tidak harus mebangkitkan reaksi atau teguran semata-mata kepada Abdullah, tetapi haruslah kepada kerusi-kerusi yang dimaksudkan dengan tepat sebagai langkah pengukuhan dan penyelesaian yang tepat. Kalau Perdana Menteri, Perdana Menteri lah, kalau Presiden UMNO, Presiden UMNO lah, kalau Pengerusi BN, Pengerusi BN lah. Perkara yang sama juga kepada Najib Tun Razak atau siapa-siapa pun yang tidak harus melihat kepada individu Pak Lah tetapi kerusi-kerusi yang dimaksudkan itu. Baik Abdullah, Mahathir, Tengku Razaleigh, Najib atau siapa-siapa pun kesemuanya ini hanyalah pemain. Itu tidak penting. Yang penting adalah pengisian kepada langkah pengukuhan perjawatan-perjawatan tadi haruslah dianalisa dengan tepat dan berkeputusan yang tepat. Proses inilah yang harus dilalui bukan politiking retorika kepentingan individu.

Walau siapa pun, atas dasar ahli, apabila mengutarakan supaya Perdana Menteri harus meletak jawatan. Ianya bukanlah Abdullah Ahmad Badawai yang meletak jawatan. Dalam kata lain sebenarnya adalah bermaksud pengisi jawatan berkenaanlah yang dicadangkan melepaskan jawatan. Ini adalah kerana daripada pandangannya yang tersendiri sebagai ahli yang perihatin ( pada pendapatnya ), penjawat yang berkenaan yang diberi amanah yang besar ini buat masa ini adalah kurang sesuai berdasarkan andaian kerajaan yang dibawah teraju dan pengwujudan kepercayaan rakyat dan keyakinan kepada penyandang yang berkenaan adalah kurang teguh. Apabila ini berlaku maka ia merbahaya kepada kerajaan pemerintah. Ini katanya adalah bersandarkan kepada keputusan pilhanraya. Dikhuatiri keadaan akan makin meruncing mendatang nanti.

Nilai lah pula keputusan pilihanraya. Benarkah UMNO tidak teguh, benarkah BN tidak teguh. Fokus haruslah tepat. Kepentingan-kepentingan keindividuan haruslah diletak ke tepi demi untuk memastikan kelangsungan dan proses pengukuhan ini. 

Apabila pemahaman dan pembesihan pandangan ini ada, barulah sifat rasional dapat mengambil tempat dan faktor terlajak salah-menyalahkan kepada individu-individu tertentu tidak berlaku. 

Kita harus melihat sentimen-sentimen salah menyalahkan individu juga tidak harus berlaku secara malampau.  Umpamanya isu mohon maaf dan mengaku salah pemecatan Tun Salleh Abas dan sebagainya. Perdana Menteri hanyalah pemegang keputusan selaku ketua eksekutif yang tertinggi yang berdasarkan maklumat dan keputusan harus membuat keputusan terakhir atas pelbagai pandangan pelbagai pihak pada ketika itu. Begitu juga kuota 30% pencalonan Presiden. Maksudnya ada lapisan-lapisan pengurusan yang diberi amanah dibawahnya yang memikul amanah dan tanggungjawab masing-masing yang mesti membuat kerja dan menjurus ke arah keputusan Perdana Menteri itu. Bukan Mahathir tetapi Perdana Menteri. Bukan Mahathir tetapi Presiden UMNO. 30% ini ketika itu dicadang dan disokong, maka dipersetujui. Kenapa tidak dibangkang ketika itu dan tidak direalisasikan. Kini ianya dicadang supaya dikaji semula kuota itu. Itu saja. Jika ada sokongan dan dipersetujui maka jalanlah. Jika tidak maka abaikan. Itu saja. Ini hanyalah sebagai contoh bagi membayangkan dimanakah logiknya hari ini sekiranya Perdana Menteri yang ada mempertikaikan tindakan yang dibuat oleh juga Perdana Menteri pada kerusi yang sama. Kerusi yang sama menyatakan kerusi yang sama salah. Begitu juga pada perjawatan presiden UMNO. Presiden menyatakan presiden salah. Ini tidak harus berlaku. Adalah tidak logik untuk Presiden menyatakan Presiden salah. Bukan hanya setakat presiden yang dulunya Presiden Mahathir, tetapi juga Presiden Hussein Onn, Presiden Abdul Razak, Presiden Tunku Abdul Rahman. Kesemuanya walaupun individu berbeza tetapi perjawatannya sama iaitu kerusi Presiden UMNO. Mahathir bukanlah presiden hari ini. Dia Mahathir, ahli UMNO sama seperti jutaan ahli-ahli UMNO yang lain. Yang diutarakan oleh beliau sebenarnya adalah pandangan sebagai ahli yang perihatin dan sudah pasti juga berpengalaman. Apakah 22 tahun bertahan dan meneraju negara tidak cukup lagi pengalaman? Betul atau salah itu adalah subjektif. Sekiranya pandangan beliau salah maka harus dibuktikan dengan tindakan. Kita juga harus rasional, jika tidak Mahathir, siapakah yang layak lagi untuk bertanya, untuk membentuk reaksi. Tidak salah jika matlamatnya positif dan dari dalamanan UMNO juga. Daripada ianya dikutip oleh pembangkang dan membentuk reaksi acuan mereka. Sekurang-kurangnya hari ini rakyat ada pilihan saluran yang betul. Bukannya menunggang saluran yang dibentuk oleh pembangkang dan dimanipulasikan secara merbahaya. Maka ambillah tindakan yang bijaksana. Tindakan yang bijaksana adalah suatu jawapan. Bukan hanya dengan jawapan yang tiada isi. Itu disamakan sebagai retorik semata-mata. Itulah yang tidak dimahukan oleh rakyat. Rakyat sudah lebih bijak menilai daripada pengalaman yang berulang-ulang.

Kita harus mengakui hakikat bahawa UMNO yang diserahkan dulu oleh Mahathir kepada Abdullah adalah UMNO yang solid dan teguh. Abdullah dilihat amat kacak pada kerusi Presiden ketika itu. Hari ini UMNO ditaji dari pelbagai sudut; luaran, dalaman, pembangkang juga komponen sendiri, walau berlapik. Ini reaksi yang perlu dilayan. Layan dengan bijaksana, dengan tindakan yang dinamis dan efektif. Jika tidak dilayan dikhuatiri membarah. Barah sukar diubat. Ini bukan isu Abdullah semata-mata. Ini isu ketua eksekutif, isu ketua kepada segala ketua, isu ketua pengurusan, ketua pentadbiran yang melayari parti keramat, yang mengemudi kerajaan dan negara. Ini isu Presiden UMNO. Langkah ke arah pengukuhan dan penghormatan kepada Presiden UMNO. Presiden, sudah tentu pula dengan pengisian pasukannya yang jitu, bijaksana dan berkaliber di kiri-kanannya. Akhirnya nanti ia adalah faedah untuk UMNO yang dikasihi yang juga kepada negara yang tercinta. Semoga mendapat hidayah dan petunjuk Allah SWT. Amin.