AMANAT HAJI HADI itu jugalah yang menunjukkan kezaliman puak-puak PAS apabila mereka begitu taksub dengan taqlid kepada kenyataan para pemimpin mereka, tanpa mereka mahu menyiasat, mengkaji dan mengaji ilmu yang sebenar-benar ilmu, bukannya ilmu yang hanya untuk mendapatkan undi bagi kekuasaan dalam politik dan siasah sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS.
Justeru, apabila mereka membuat penafian kononnya AMANAT tersebut tidak ada kena-mengena dengan UMNO bahkan, tidak menyatakan secara khusus bahawa UMNOlah yang dimaksudkan oleh AMANAT HAJI HADI, sememangnya para pecacai PAS berkenaan adalah golongan yang membela kezaliman dengan kefasihan lidah dan kelancaran tulisan mereka.
Bagaimana mereka hendak menafikan amanat berkenaan bukan ditujukan kepada UMNO sedangkan pada tahun di mana amanat itu dituturkan oleh Hadi Awang, persengketaan dengan UMNO adalah kemuncak perjuangan PAS sebagai sebuah parti siasah?
Bagaimana pula dengan para pengikut dan bekas-bekas pengikut PAS yang telah mengkafirkan orang-orang UMNO kerana percaya kepada AMANAT berkenaan? Adakah para pecacai PAS ingin menyatakan bahawa bukan AMANAT HAJI HADI yang sewajarnya dipersalahkan tetapi para pengikut PAS yang menghentam membuta tuli?
Atau bagaimana mereka ingin menjelaskan bahawa sepanjang dari tahun 1981 sehinggalah sekarang, Hadi Awang dan kepimpinan utama PAS tidak pernah menegur, menegah apatah lagi memberikan penjelasan berhubung AMANAT HAJI HADI kalau benarlah kata-kata di dalam amanat tersebut tidak ditujukan kepada UMNO?
No comments:
Post a Comment