30 November 2010, S. Kesavan (ADUN PKR Hutan
Melintang) bertindak kurang adab dan menjerit membuat kecoh dalam Dewan Undangan
Negeri Perak. S. Kesavan digantung seminggu mengikut peruntukan 44(3) Perintah
Tetap Sidang DUN Perak dibaca bersama peruntukan 44(5). Siapa yang ajar S.
Kesavan bertindak biadap sedemikian? Atau Kesavan sengaja berbuat demikian untuk
mencari publisiti terhadap dirinya bila dikenakan hukuman. Ini kerana beberapa
hari lepas, S. Kesavan telah menafsir ayat Quran secara salah.
Pada 28 November 2010, S. Kesavan telah
menimbulkan kontroversi bila membaca tafsiran ayat 190 dan 191 Surah Al Imran
ketika Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya. S. Kesavan menyatakan “sama ada saya buat salah atau tidak, Ustaz PAS itu
akan menjelaskannya kelak,”. S. Kesavan telah seolah menyalahkan Ustaz
PAS tersebut kerana menyalah tafsir ayat Al Quran.
Terjemahan yang disebut oleh Kesavan berbunyi: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan
silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal
agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu
seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng
dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun”.
Sebaliknya tafsiran sebenar ayat 190 dan 191 Surah Al Imran adalah seperti berikut:
Sebaliknya tafsiran sebenar ayat 190 dan 191 Surah Al Imran adalah seperti berikut:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan
silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal,
(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya
berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci
Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka”.
Seperti yang diduga, Nik Aziz terus mempertahankan tindakan S. Kesavan menggunakan tafsiran yang salah. "Saya tidak tahu ayat mana yang orang maksudkan salah tafsir…saya setuju benar dengan tindakan orang bukan Islam untuk mempelajari dan menggunakan ayat Al-Quran" kata Nik Aziz. Seperti yang berlaku ketika Nga Kor Ming mempersendakan ayat-ayat suci Al Quran ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang. Sampai bila-bila pun orang orang kafir dari PKR dan DAP akan terus mempersendakan Al Quran kerana ada orang Islam dalam PAS yang membenarkan perbuatan tersebut. Usah biarkan orang kafir mempersendakan kalimah suci Al Quran untuk tujuan politik.
No comments:
Post a Comment