19 Oktober 2010, seramai lima orang ahli parlimen
DAP telah membuat bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi
100 tingkat di tapak cadangan pembinaaan lokasi tersebut. Ahli ahli parlimen DAP
tersebut menyatakan pembinaan menara 100 tingkat itu membazir wang rakyat.
Berbagai alasan dicipta dan fan pages di
facebook diwujudkan untuk menunjukkan
rakyat juga sependapat dengan mereka.
Apa benda yang DAP tidak bantah? Dulu pembangkang
bantah buat Jambatan Pulau Pinang, bantah buat KLCC, bantah buat empangan Bakun
dan pernah cadang hendak jual Putrajaya kalau menang dalam pilihan raya 1999. 20
November 2006, Teresa Kok mempertikaikan kenapa kerajaan membina Istana Baru
sedangkan istana yang besar sudah ada di Putrajaya. Tahukah DAP milik siapa
istana di Putrajaya itu? 22 Julai 2010, serangan ke atas pembinaan istana baru
diteruskan lagi oleh DAP bila Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut)
mengemukakan gambar kononnya ada
kanak-kanak tinggal di tapak pembinaan istana baru. Semua ini dibuat untuk
menguatkan tuduhan DAP bahawa istana baru diadakan hasil wang rakyat. DAP tidak
suka sebenarnya kepada institusi beraja. Jika dikaji, ideologi chauvinis memang
menentang sistem beraja di China sejak dulu lagi. Kini, waris chauvinis di Tanah
Melayu ini menentang raja-raja Melayu.
17 Mac 1978, PNB ditubuhkan sebagai instrumen untuk memacu Dasar Ekonomi Baru. Untuk memacu persekitaran baru menjelang 2020, PNB perlukan metodologi baru untuk menghadapi cabaran mendatang. Membazirkah melabur untuk potensi baru pekerjaan rakyat pada masa hadapan? Tahukah DAP siapa yang bebaskan Guthrie dari penjajah?
Menara Warisan Merdeka dibina oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). DAP tidak suka sebab PNB majoritinya adalah orang Melayu. DAP bersikap rasis bila orang Melayu mahu membina dan membuat sesuatu. Bila DAP berkuasa habis duit rakyat digunakan untuk bangunkan kandang, lot tanah kubur dirampas untuk pembangunan, tanah dipajak hingga 999 tahun, rumah orang Melayu dihalau untuk pembangunan. Apakah ini tidak rasis? Mengapa tidak melihat wang rakyat hasil cukai itu disalurkan untuk memberi elaun kepada ribuan imam sejumlah RM750 sebulan. Cara pemikiran pembayar cukai perlu lebih inklusif, jangan hanya terperuk dengan persepsi yang dimomok oleh pembangkang sahaja. Bia siap menara ini, DAP pula yang beriya iya hendak menjajah menara itu. Segalanya tidak membazir bila sudah siap nanti.
No comments:
Post a Comment